Bahan2 :
1 Paket agar2 tali (20g)
5 cawan air (utk masak agar2)
1 cawan gula
1 tin susu cair *
1/2 cawan susu pekat *
1 sudu kecil esen vanila *
4 keping roti * (koyak2kan)
1 biji telur *
1 sudu besar butter * (saya guna buttermas)
bijan hitam/biji selasih (utk biji tembikai)
pewarna merah, hijau
Cara2nya :
- masak agar2 dgn 5 cawan air dan satu cawan gula sehingga mendidih & agar2 hancur.
- blend semua bahan bertanda *.
- campurkan bahan2 yang diblend dalam agar2 yang sudah mendidih. Kacau sehingga masak dengan api sederhana.
- Bahagikan dalam 3 bekas. lebihkan adunan utk warna merah utk warna tembikai.
- masukkan adunan dalam acuan bentuk 3 segi dan taburkan bijan hitam/biji selasih. biarkan sejuk sebentar.
- bila sdh beku, gores2kan lapisan atas merah td & tuangkan lapisan putih (nipis aje ye). sejukkan sekejap.
- goreska2kan pula lapisan putih & tuangkan lapisan hijau utk kulit tembikai. sejukkan.
- Sedia utk dihidangkan....
~ SELAMAT MENCUBA ~
Nota kaki :
- tujuan kita gores2kan puding tu supaya lapisan ke 2 & ke 3 tu melekat antara satu sama lain. kalau kita tak goreskan, lapisan akan terpisah semasa puding diterbalikkan.
- acuan bentuk 3 segi blh didapati di kedai bakery ye...kalau tak de acuan 3 segi, dlm loyang pun boleh...ikut je step by step. nanti bentuk tembikai tu segi empat la....janji ade rupe tembikai kan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Cer Komen...