‎"ya Allah, jika rezekimu masih diatas langit, turunkanlah, dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, dengan berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh...." amin....

Puding Marie Gula Melaka



Bahan2 :

Bahan A
- Biskut Marie
- 10g agar2 tali
- 100g Gula pasir
- 400ml air
- sedikit garam

Bahan B
- 10g agar2 tali
- 100g gula pasir (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
- 100g gula melaka
- 300ml air
- 200ml susu segar

Cara2nya :

Bahan A
- Didihkan air bersama gula, agar2 dan sedikit garam sehingga larut.
- susun biskut marie di dalam acuan.
. : : kalau tak de acuan macam ni, loyang pun boleh. susun ikut kreativiti masing2 : : .

- tuang agar2 diatas susunan biskut marie dengan perlahan2 agar biskut tidak beralih dan terapung. sejukkan sebentar.

Bahan B
- didihkan gula melaka dan tapis.
- didihkan air bersama agar2, gula pasir dan air gula melaka td.
- setelah mendidih, masukkan susu segar dan gaul sebentar.
- sebelum adunan B dituang, gores2kan adunan A yang hampir beku tadi. Kemudian tuangkan adunan B di atas aduanan A. Sejukkan dan sedia utk dihidangkan.

~ SELAMAT MENCUBA ~

Nota kaki : 

- Adunan agar2 A blh dicampurkan dgn paste color utk tambah menarik.
- Sebaiknya sebelum agar2 dituang, basahkan dahulu acuan, bg memudahkan agar2 dikeluarkan.

Puding Roti Tembikai



Bahan2 :

1 Paket agar2 tali (20g)
5 cawan air (utk masak agar2)
1 cawan gula
1 tin susu cair *
1/2 cawan susu pekat *
1 sudu kecil esen vanila *
4 keping roti * (koyak2kan)
1 biji telur *
1 sudu besar butter * (saya guna buttermas)
bijan hitam/biji selasih (utk biji tembikai)
pewarna merah, hijau

Cara2nya :

- masak agar2 dgn 5 cawan air dan satu cawan gula sehingga mendidih & agar2 hancur.
- blend semua bahan bertanda *.
- campurkan bahan2 yang diblend dalam agar2 yang sudah mendidih. Kacau sehingga masak dengan api sederhana.
- Bahagikan dalam 3 bekas. lebihkan adunan utk warna merah utk warna tembikai.
- masukkan adunan dalam acuan bentuk 3 segi dan taburkan bijan hitam/biji selasih. biarkan sejuk sebentar.
- bila sdh beku, gores2kan lapisan atas merah td & tuangkan lapisan putih (nipis aje ye). sejukkan sekejap.
- goreska2kan pula lapisan putih & tuangkan lapisan hijau utk kulit tembikai. sejukkan.
- Sedia utk dihidangkan....

~ SELAMAT MENCUBA ~

Nota kaki :
  • tujuan kita gores2kan puding tu supaya lapisan ke 2 & ke 3 tu melekat antara satu sama lain. kalau kita tak goreskan, lapisan akan terpisah semasa puding diterbalikkan.
  • acuan bentuk 3 segi blh didapati di kedai bakery ye...kalau tak de acuan 3 segi, dlm loyang pun boleh...ikut je step by step. nanti bentuk tembikai tu segi empat la....janji ade rupe tembikai kan....

Puding Roti Pelangi





Bahan2 :


  • 1 paket agar2 tali (20g)
  • 5 cawan air
  • 4 sudu gula
  • 3 keping roti *
  • 2 biji telur *
  • 1 tin susu cair *
  • 5 sudu makan susu pekat *
  • 2 sudu besar sunquick *
  • 1 sudu kecil esen vanila *
  • pewarna

Cara2nya :


  • Masak agar2 dengan 5 cawan air bersama gula hingga agar2 hancur dan mendidih.
  • Blender semua bahan2 yang bertanda *.
  • Bila agar2 sudah mendidih, masukkan bahan2 yang diblender ke dalam periuk agar2 tadi. Masak dengan api perlahan dan gaul sehingga masak.
  • Setelah masak, asingkan adunan kepada 3 bahagian. Masukkan perwarna yang berlainan dalam setiap adunan dan gaulkan.
  • Tuang adunan ke dalam acuan/loyang secara berselang seli sehingga habis dan sejukkan.
  • Sedia untuk dihidangkan untuk minum petang...

~ SELAMAT MENCUBA ~

Order Form

Name:
Email Address:

Create a web form here

RM20 sahaja...

RM20 je....

Klik La Kalau Nak Tau

Nak Jana Pendapatan, Klik Sini...Nak Order Pun Boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...