‎"ya Allah, jika rezekimu masih diatas langit, turunkanlah, dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, dengan berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh...." amin....

Kerang Goreng

  Bahan-bahan:

  • 1kg kerang
  • 2 ulas bawang merah & putih
  • 2 batang serai (diketuk)
  • air asam jawa (dibancuh pekat)
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:

  1. Basuh kerang hingga bersih dan toskan airnya.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang meah & putih.
  3. Masukkan kerang yang telah ditoskan bersama serai.
  4. Goreng sehingga air kerang menjadi kering. 
  5. Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa. Gaul rata2 hingga kering dengan api yang sederhana.
  6. Setelah masak siap untuk dihidangkan.
Kerang yang dah siap digoreng

Bahan untuk dicicah bersama kerang

goreng bawang kecil/merah
kalau nak sedap gune bawang kecil ros

potong cili api

hasilnya seperti ini. tuangkan kicap di atas bawang goreng tadi.
sedia untuk dimakan besama kerang goreng.

Puding Milo Kukus



bahan-bahan :
  • 2 cawan milo
  • 2 cawan susu segar 
  • 1 cawan gula perang (boleh tambah lagi ikut citarasa)
  • 4 biji telur A
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan bekas tahan panas untuk puding. Jika nak buat satu bekas, sapukan sedikit mentega. 
  2. Kisar semua bahan di atas KECUALI telur hingga sebati. Ketepikan.
  3. Dalam bekas yang lain, pukul atau kacau telur perlahan-lahan tetapi jangan sampai berbuih. 
  4. Satukan telur dengan bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati. Kemudian tapiskan.
  5. Tuangkan ke dalam bekas tahan panas. Tutupkan dengan kertas foil/aluminium. Kemudian kukuslah selama lebih kurang 30-40 minit. (kalau   x de ketas foil...gune tutup periuk pn boleh)
  6. Setelah masak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
inilah hasilnye....puding milo kukus ku....
fisrt time buat, x cantik sgt....tp memang lemak....

Aiskrim Goreng



Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih
  •   5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  •  Plastik wrap ( untuk balut roti) *simpan dlm bekas pun blh...tp pastikan bertutup ye...
  • Minyak

Cara-cara:
  1. Gelek roti tu bagi padat
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  3. Tekan acuan telur yang bulat tu (gune cawan/botol air pun blh) supaya roti terputus           
  4. Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar.
  5.  Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
  6.  Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.



 Lenyekkan / Gelek roti bagi padat

 Letak eskrem atas roti


 Lapiskan dengan roti


Tekapkan dengan botol air sampai roti putus

Nanti roti jadi mcm ni....

Ni...dah siap goreng....

*Selamat mencube.....

Order Form

Name:
Email Address:

Create a web form here

RM20 sahaja...

RM20 je....

Klik La Kalau Nak Tau

Nak Jana Pendapatan, Klik Sini...Nak Order Pun Boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...