‎"ya Allah, jika rezekimu masih diatas langit, turunkanlah, dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, dengan berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh...." amin....

Apam Cornetto



Resepi Apam Cornetto ni saya guna resepi Apam Polkadot
Boleh klik SINI ye.....

Di sini saya bagi tutorial nk buat acuan dulu...

Sediakan kertas pembungkus nasi lemak saiz D

lipat kertas kpd 2 bahagian
(hujung bertemu hujung)

kemudian lipat lagi 2 bahagian
(hujung bertemu hujung)
nanti akan jadi 4 bahagian bila kertas dibuka.
bila dah lipat, potong kertas tu....nanti dapat 4 helai kertas segitiga...

sebelum gulung, lipat tengah dulu untuk mendapatkan garisan...

gulung macam contoh yg saya buat tu...
garisan tengah tu untuk rujuk bagi mendapatkan saiz apam cornetto yg sama nanti...

kemudian gulung bahagian satu lagi..

acuan akan jadi seperti ini...
stapleskan acuan tu...
pastikan kat bahagian bawah acuan tak de lubang...

susun dalam lubang2 periuk kukus.....
jangan tutup semua lubang periuk ye....
 nanti tak de wap naik pulak...
pastikan periuk tu dilapiskan 2 mase susun acuan apam cornetto...


piping adunan apam ke dalam acuan...
ikut suka nk letak berapa lapis warna...
(satu adunan boleh dapat lebih kurang 45pcs apam cornetto)

panaskan pengukus dulu... 
jangan lupa balut penutup periuk gengan kain ye...
(api sederhana je)
bila dah panas, baru boleh letak periuk yang ada apam cornetto tadi...
pastikan apam cornetto dalam periuk yang bahagian atas...yang bahagian bawah biarkan kosong...
ini bagi mengelakkan acuan basah terkena air kukusan...

kukus apam cornetto selama 15 minit..
pastikan masa angkat periuk tu, angkat kedua duanya skali...
jangan angkat selapis je...
lepastu sejukkan dulu...

************************************************************************

ok...sekarang kita nak buat coklat apam cornetto pulak...

Bahan2 :
  • Coklat Masakan
  • Coklat Rice/Kacang (ikut suke la)


Cara2nya:


panaskan air dalam rice cooker hingga mendidih..

bila air dh mendidih, biarkan periuk dlm keadaan keep warm..
letakkan bekas steel kat atas rice cooker dan masukkan coklat masakan...


gaul sehingga coklat cair...

tuangkan satu dulu makan coklat cair dalam acuan apam cornetto yg disejukkan tadi...


taburkan coklat rice kat atas coklat...

biarkan coklat sejuk / beku..

bila coklat dah beku....bolehla koyakkan acuan apam tu...
koyak dengan lemah lembut ye...
kalau koyak kasar2, patah pulak hujung apam tu...

> SELAMAT MENCUBA <


kalau malas nak buat, bolehla tempah je dengan saya...
sms/whatsapp 019-6519930 untuk tempahan


nota : jangan lupa share kalau dh buat tu....kredit to 
         > Apam Polkadot Ejay
         > Edda's Kitchen



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cer Komen...

Order Form

Name:
Email Address:

Create a web form here

RM20 sahaja...

RM20 je....

Klik La Kalau Nak Tau

Nak Jana Pendapatan, Klik Sini...Nak Order Pun Boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...